Terjemahan Al Quran

Listen to Quran

Thursday, April 23, 2009

Jom Blaja Loghat klate 2

Sambungan dengan yang sebelum nie.....meliputi pelbagai bentuk sebutan dan antonasi dalam dialek bahasa kelantan......

Kelantan + English?? = "Kelantalish"
Contoh:
POZEK (deposit),
RIZAT (1.result)
NNEJA (manager),
ISTEK (estate),
SUWIH (switch),
MERKET (market), dll...
BOKK (book)
rhoba (rubber)pemadam

Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik:
manis LLETING
masin PPEGHAK
pahit LLEPE
mase PPUGHIK
tawar EBER
putih SSUEH
hite LLEGE
biru KKETU
kuning NNEHE
kenye BBONYAH
comel LLOTE
gemuk DDEBOK
busuk BANGA
hapok KOHONG
nnakut/penakut apah
cerhoh/cerah jheriloh
jatuh celabok
kuca hanya (suara mengidung sedikit)

Ada beberapa "bunga bahasa" dalam loghat kelantan yang unik.. Antaranya:
YAK = lebih kurang "opocot!!!" atau "oops!!"
DEH? = memohon restu atau persetujuan...lebih kurang "OK?",
GAK = lebih kurang "habis tu.." atau "so.."
PAH? = lebih kurang "GAK"
HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = "ya lah.." atau "yes"
DOCK? = lebih kurang "bu(kan)?", "betul tak?" atau "isn't it?"
LAMOKEY = nanti kan

Tegok Mamat nie pn pandai kecek klate

Monday, April 6, 2009

Jom belajar Loghat Klate ...........

Kepada sesape yang nak belaja loghat kelantan...disini ader beberapa perkataan yang maybe korang (bukan orang kelantan) sukar untuk memahaminya........ x rugi korang kalau korang taw loghat kelate ..........orang arab pun pandai cakap klate.....hehehheheheheh


Vocabulary :
Bokbong - spesis musang
Ttuyup - pepatung
Pok Kor - spesis mengkarung
Ike Kkhonge - ikan cencaru
Gelenyar,Gletah -mengenyam, getik
Saksoba - Absorber
Supik Gelenyar/supik rhokrhak - plastik bag (yang nipis tu.)
Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab "tuffah" = epal)
mokte = rambutan
kuk/kok = sekeh
njja = tendang
x cakno = x hirau
nyaknyo = kesian
bbaloh = kelahi
Ggaduh = nak cepat (double `G' means sabdu))
debe = berani gilerr
Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok = buang
rhukah = panjat
Ghohok = susah, payah
hungga = lari (bkn hungga bungga ekk)
cuwoh = curah
getek/etek = juga
tepoh = langgar
tubik = keluar
SIAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don't worry, be happy!!!
IDAK KO = cuma
WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.(biase nyer dlm urusan perniagaan)
DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth enough)
belengas = melekit
klikpah klikpah = terpinga pinga
lipotey = x tetap duduk
nneting = melantun

Sunday, April 5, 2009

Andainya Orang Islam sedar kebaikannya..........











Video ini menunjukan bahawa solat mempunyai kelebihan dan kebaikan tersendiri...telah dibuktikan melalui kajian sains yang telah dijalankan oleh tiga penyelidik daripada University Malaya yang mana telah membuktikan solat dapat merawat pelbagai penyakit...seperti sakit Pinggang,"Mati pucuk"jantung dan sebagainya.......perlu diingat bahawa salah seorang penyelidik ini merupakan Non muslim...
video ini juga menerangkan bahawa kelebihan pergerakan solat yang mana setiap pergerakan mempunyai kelebihan tersendiri....dari segi rukuk,sujud,duduk antara dua sujud dan sebagainya...hatta...tamakninah pun mempunyai kelebihannya......
Dari segi solat jemaah juga telah dibuktikan bahawa pengaliran cas diantara badan manusia mampu memulihkan badan diantara satu sama lain......
Maklumat lanjut SINI

Saturday, April 4, 2009

Celaka Punya Orang...............



Video ini merakamkan tentang satu lagi siri penghinaan terhadap umat islam.....yang begitu biadap sekali mengunakan ayat suci Al-Quran ....
Rakaman video menerusi laman web YouTube ini memaparkan seorang lelaki sedang sujud menyembah sekeping kertas tertera ayat al-Quran dan terdapat suara latar laungan azan oleh lelaki terbabit. Selepas itu, lelaki tersebut menyebut orang Melayu boleh makan daging babi untuk menghapuskan dosa.Pada akhir video tersebut, lelaki tersebut bergelak ketawa selepas selesai merakamkan adegan penghinaan ini. Dari segi undang-undang syariah ianya bersalahan mengikut Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Berikut adalah kata-kata lelaki terbabit "marilah kita bersama-sama makan babi yang sedap, bahawa mereka akan sudah membuang dosa jika makan. Mulai hari ini semua Melayu boleh makan babi yang sedap.''. Ternyata video ini adalah satu bentuk provokasi terhadap orang Melayu. Kesabaran orang Melayu ada batasnya, jangan mencabar orang Melayu dengan pembikinan video yang biadab sebegini. Video ini sengaja dibuat untuk merosakkan perpaduan kaum di Malaysia. Majoriti bukan Islam ramai lagi yang tahu tata sulila dan mengamalkan budaya hormat menghormati.

Video selama 1.22 minit ini amat biadab dan tidak menghormati Islam sebagai Agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Malaysia. Ianya cukup menguris perasaan umat Islam di Malaysia. Tindakan yang tegas dan bersepadu harus diambil terhadap orang yang merakamkan video ini. Jika tidak, akan ada lagi selepas ini mereka yang bersikap kurang ajar dan sesuka hati mempermainkan kesucian agama Islam dan ayat-ayat suci Al-Quran.

Apakah perasaan anda apabila menonton Klip video ini?