Terjemahan Al Quran

Listen to Quran

Friday, January 16, 2009

Kepala Babi di surau

Terkejut bila membaca satu berita daripada sebuah blog yang bertajuk kepala babi di jumpai di sebuah surau......apakah motif disebalik kejadian ini yang mana merupakah satu penghinaan terhadap sensitivity umat islam keseluruhannya....kenapa ianya berlaku di sebuah surau..tempat beribadat bagi orang islam...Surau ini yang mane teletaknya disebuah akedemik pengajian islam....dan juga terletak disebuah universiti...kenapa tidak ditempat yang lain....parangai manusia manakah yang tidak bertamadun ini?
berita lanjut
berita lanjut

Gaza Itu Memanggilmu.............

Wednesday, January 14, 2009

Sanggupkah & tegamakkah Anda !!!!!!!!!!! ?





Sanggupkah anda melihat umat islam dibunuh tiap -tiap hari ?

Sanggupkah anda bersubahat membunuh kanak-kanak dan rakyat palestine?

Sanggupkah anda menjadi pembunuh pada umat Islam sendiri?

Sanggupkah anda menjadi penyumbang kepada peluru-peluru tentera Israel?


Sanggupkah anda membiayai bom-bom dan kereta kebal-kereta kebal milik Israel laknatullah?


Kalau sanggup,

Teruskan membeli produk-produk boikot tersebut.

Tapi..

Jangan salahkan sesiapa,

Apabila di akhirat nanti,

Umat islam dipalestine datang menuntut...aper yang kita lakukan untuk membantu mereka?

Allah persoalkan tentang,

Kezaliman yang kamu lakukan,

Terhadap..

Saudara seagama kamu sendiri!!!

Thursday, January 8, 2009

DEMO ANTI ZIONIS di SHAH ALAM !!!!

Aman Palestine akan mengadakan rally Rise for GAZA.

Tempat : Stadium Melawati, Shah Alam.
Tarikh : 10 Januari [Sabtu ini]
Jam : 9.00 pagi

kepada rakan kita yang berada disekitar Shah Alam....Jom kita beramai-ramai bagi menunjukkan bantahan kita kepada tindakan kejam regim zionis terhadap rakyat Palestine.Tolong kerah seramai mungkin termasuk anak-anak untuk tunjukkan keperihatinan kita kepada mangsa kekejaman Zionis. Bawa bersama kain sepanduk dan poster poster. Al Jazeera akan membuat liputan di sana nanti. Sebarkan kepada semua rakan rakan.kepada rakan-rakan student Uitm jom kita pergi beramai-ramai ke stadium Melawati..bagi menunjukan Bantahan kepada tindakan kejam Israel.Lampu hijau telah diberikan klik disini... aper tunggu lagi!!!!!!!!!!!!

Wednesday, January 7, 2009

KEJAM ! KEJAM! KEJAM!




Askar yang paling kejam dan tidak berhati perut didunia ini ialah askar israel .mereka telah melakukan keganasan terhadap rakyat palestine,mereka berani membunuh penduduk awam yang tidak berdosa dengan mengunakan senjata berat dan jet-jet pejuang diwilayah Gaza yang telah mengorbankan beratus-ratus penduduk dengan alasan yang tidak munasabah sekali.tidak cukupkah lagi kesensaraan yang dialami oleh penduduk palestine yang selama ini telah megalami pelbagai sekatan dari zionis israel yang tidak berhati perut itu.Hak mereka dinafikan ,tanah mereka dirampas,negara mereka diceroboh dengan sewenang-wenangnya tanpa perikemanusiaan.

Jumlah korban penduduk Palestin kini meningkat kepada 635 orang selepas tentera Israel memperhebatkan serangan di Genting Gaza.

Seramai 40 penduduk Palestin maut selepas helikopter Israel mengebom dua buah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan salah satunya padat dengan penduduk yang berlindung.
Operasi ketenteraan bagi menghentikan serangan roket Hamas itu masuk hari ke-11 semalam.

Sejumlah kereta kebal dan helikopter penggempur tentera Israel terus mengebom beberapa bandar di Genting Gaza.

Askar-askar Israel pula bertempur dengan pejuang-pejuang Hamas di lorong-lorong Bandar Gaza dan pertempuran itu dianggap paling sengit sejak operasi rejim Zionis bermula.

Sekurang-kurangnya lima roket dilancarkan dari Gaza ke wilayah Israel semalam termasuk sebuah yang mengenai bandar Gadera 28 kilometer dari Tel Aviv.

Buat semua umat Islam di negara ini, inilah masanya kita semua bertindak dengan memboikot barangan Israel. Memang langkah ini dianggap bodoh oleh sesetengah pihak, tetapi jika kita semua bersatu dan benar-benar prihatin untuk melemahkan rejim Zionis, tidak mustahil misi memboikot produk Israel ini akan berjaya.insyaallah.............

Sunday, January 4, 2009

lagu kopratasa Aku bukan musuh harta..lirik ustaz Dr Asri



video ini telah menjadi kontroversi dan tidak dibenarkan keudara di RTM..........
kenapa lagu ini menjadi kontroversi?nak tahu dengarlah...

Saturday, January 3, 2009

Hanya doa mengiringi perjuangan mereka !!!






Wahai Umat Islam Di Seluruh Dunia....
Marilah sama-sama Kita Membaca Qunut Nazilah
sebagai Doa kita buat umat Islam di Palestin
agar mereka di beri kekuatan & semangat yang tinggi oleh Allah
dalam menghadapi serangan dari regim yahudi laknatullah.....
Doa kita sebagai senjata buat mereka
yang sekarang ini tengah berjuang
membela serta mempertahankan
KEIZZAHAN & KESUCIAN agama ISLAM.......
tunjukkan sikap peduli kita terhadap
nasib saudara-saudara kita di bumi palestin....
insya allah... disana akan ada pertolongan dari ALLAH....
ALLAHU AKHBAR.....