Terjemahan Al Quran

Listen to Quran

Monday, March 23, 2009

10 Tabiat Rosakkan Otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi

- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan

- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok

- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan

- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara

- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur

- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi

- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifa n otak menurun.

10. Jarang berfikir

- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Saturday, March 21, 2009

Tanda-Tanda Penyakit Kanser


Artical ini menerangkan tentang tanda-tanda penyakit Kanser yang amat ditakuti oleh kita,penyakit ini boleh membawa kematian dan kesengsaraan yang dialami oleh pesakit amat-amat menyakitkan dengan pelbagai rawatan yang perlu dilalui oleh pesakit.
Barah atau kanser merupakan sejenis penyakit di mana sel tubuh pesakit itu sendiri membiak di luar kawalan dan keupayaan sel-sel tersebut untuk memasuki tisu biologi lain, sama ada melalui pertumbuhan langsung sel bersebelahan atau pemindahan kepada sel jauh (metastasis). Pertumbuhan luar kawal ini disebabkan oleh kerosakan kepada DNA menyebabkan mutasi kepada gen penting yang mengawal pembahagian sel, selain fungsi lain. Salah satu daripada mutasi tersebut, yang boleh diwarisi atau didapati, mampu menyebabkan pembahagian sel luar kawal dan pembentukan tumor ("bengkak" dalam bahasa Latin) merujuk kepada sebarang jisim tidak normal sama ada malignant (barah) atau benign (bukan barah). Hanya tumur malignant mampu memasuki tisu lain atau metastasizing.

Kanser telah menjadi masalah utama akibat peningkatan tempoh jangka hayat. Ini disebabkan kadar mutasi semakin meningkat selaras dengan tempoh hayat yang semakin berpanjangan. Walaupun kemajuan yang besar telah dicapai dalam cara rawatan, kebanyakan rawatan hanya berkesan bagi penyakit barah awal. Bagi kebanyakan kanser yang telah mencapai tahap lanjut masih tiada rawatan yang berkesan wujud dan dalam kebanyakan kes akhirnya membawa maut. Oleh itu bolehlah dianggap, mereka yang melewatkan mendapat rawatan seolah-olah membunuh diri. Walau bagaimanapun sungguhpun tidak terdapat ubat yang berkesan bagi pesakit kanser yang tahap akhir, semenjak 20 tahun kebelakangan perkembangan penjagaan palliative telah meningkat dengan meluas.

Rawatan kanser biasanya dikendalikan oleh onkologi, doktor yang khusus dalam rawatan penyakit malignant. Rawatan barah perlu dilakukan dengan serta merta sebaik sahaja ia dikesan. Kelewatan mendapatkan rawatan mengurangkan peluang untuk sembuh. kanser yang dikesan pada peringkat awal mempunyai peluang yang baik untuk dirawat secara berkesan.

Kanser mampu menyebabkan pelbagai tanda, bergantung kepada tempat dan ciri meligan dan samaada berlakunya metastasis. Dignosa tepat biasanya memerlukan pemeriksaan tisu yang diambil melalui biopsi melalui mikroskop. Apabila didiognasa, barah biasanya dirawat melalui pembedahan, kemoterapi dan/atau rawatan radiasi.

Sekiranya tidak dirawat, kebanyakan Kanser akhirnya menyebabkan kematian; Kanser merupakan punca utama kematian di negara membangun. Kebanyakan Kanser boleh dirawat dan ramai yang sembuh terutamanya menerima rawatan pada peringkat awal. Kebanyakan bentuk Kanser berkait dengan fakor persekitaran, yang boleh dielakkan. Merokok tembakau mendorong kepada lebih banyak barah berbanding fakor persekitaran yang lain

Tanda-Tanda penyakit Kanser.

(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa,
sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan
berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di
buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan,
sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas
termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan
yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun
berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen,
sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah
atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar
menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER
-------------------------------
(1) Makanan
(2) Alkohol
(3) Sinaran cahaya matahari
(4) Pengambilan ubat
(5) Perokok yang tidak aktif
(6)Tembakau
(7)Radiasi
(8)Pekerjaan
(9)Pencemaran air dan udara
(10)keturunan
TEH DAN KANSER Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah,
membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China,
mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil

Friday, March 20, 2009

Syarat Untuk Melakukan Maksiat........


Suatu hari seorang lelaki menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, 'Wahai Aba Ishak! Saya selalu melakukan maksiat, tolong berikan aku nasihat'.

Ibrahim berkata, 'Jika kamu mau menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka
kamu boleh teruskan melakukan maksiat.'

1. Jika kamu maksiat kepada Allah, jangan makan rezekiNya.''
Lelaki itu seraya berkata, 'Aku mau makan dari mana? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
''Ya,'' tegas Ibrahim bin Adham. ''Kalau kamu sudah memahaminya, masi pantaskah memakan rezekinya, sementara kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? ''

2. ''Yang kedua,'' kata Ibrahim, ''kalau mau bermaksiat, jangan tinggal dibumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu kaget setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, ''Wahai Abdullah, pikirkanlah, apakah kau layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sementara kamu melanggar segala larangan-Nya? '' ''Ya, Anda benar,'' kata lelaki itu.

3. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab,''Kalau kamu masih mau bermaksiat, carilah tempat
tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!'' Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, ''Wahai Ibrahim, ini nasihat
macam apa? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?'' ''Nah, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih
berkeinginan berlaku maksiat?'' kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

4. Ibrahim melanjutkan, ''Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,katakanlah kepadanya, 'Mundurkan kematianku dulu. Aku masih mau bertobat dan melakukan amal saleh'.'' Kembali lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersadar, ''Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permohonanku? '' ''Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahwa kamu tidak bisa menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau bisa lari dari murka Allah?'' ''Baiklah, apa syarat yang kelima?''

5. Ibrahim pun menjawab, ''Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak menggiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau mau ikut bersamanya.' ' Perkataan tersebut membuat lelaki itu tersadar. Dia berkata, ''Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. '' Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. ''Mulai saat ini aku bertobat kepada Allah,'' katanya sambil terisak.

Rahsia Pemakanan Cendekiawan Islam


Seperti yang kita sedia maklum,makanan merupakan faktor paling penting bukan sahaja kepada kesihatan tubuh badan malah lebih utama kepada kecerdasan otak. Ramai percaya bahawa terdapat sesetengah makanan yang boleh membantu menguatkan daya ingatan dan menjadikan minda serta fikiran kita lebih cerdas.

Malah, cendekiawan-cendekiawan Islam silam juga mempunyai rahsia dan formula makanan mereka tersendiri dan terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab.

Namun, sejak beberapa abad kebelakangan ini, rahsia pemakanan cendekiawan Islam yang tesembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam lain ini cuba diketengahkan kembali. Berikut adaklah formula pemakanan genius-genius Islam yang terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

MADU
Madu adalah makanan yang amat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafnya sebagai “shifa” iaitu penyembuh penyakit.
Manisan madu digelar Raja Ubat dan dapat menyembuh kebanyakan penyakit.
Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya dan mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein antiseptik, dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.
Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.
Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental yang mana ia boleh menghindarkan kepenatan otak bekerja seperti berfikir, membaca, merancang, dan bermesyuarat.


KISMIS
-Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
-Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, serta lemah fikiran.


SUSU SEGAR
-Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.
-Mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak, dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.
-Merupakan makanan yanag paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh badan iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air.
-Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.
-Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.


TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.
Pakar kesihatan mengakui telur merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat.
Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air dan bahan ekstraktif.
Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda.
Telur yang terbaik ialah telur ayam kampong dan masih baru.

HALIA
Ia sangat mujarab untuk mengelak sering lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran.
Limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

DAGING BURUNG MERPATI
Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif unuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.
Kanak kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasannya

DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi.
Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.

DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan menghafal.

HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain.
Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak dan ia juga mengandungi nilai protein yang tinggi.

BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

KEMENYAN PUTIH (Kemenyan Serani/Luban/Kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula

BUNGA KUBIS
Terdapat sejenis asid amino di dalam sayuran ini yang mampu menguatkan tenaga mental.

BUNGA CENGKIH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja. Ia berguna untuk merangsang kecergasan minda dan memberi lebih tenaga untuk badan.

LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Disarankan untuk memasukkan labu dalam sebarang masakan sup kerana ia mampu menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil. Melancarkan peredaran darah ke bahagian otak serta menguatkan memori.

SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR
Membantu meningkatkan kekuatan akal dan memori.

Sumber : Majalah estidotmy keluaran Mac 2007 Ruangan Fakta Menarik

Sunday, March 8, 2009

Maulidur Rasul :Kelahiran Mu Membawa Rahmat Kepada Segala Alam......


Kita kini berada dalam bulan Rabi'ul awal, dan pada hari ini marilah kita bersama-sama mengucap syukur kehadrat Allah s.w.t. yang mempertumukan kita lagi dengan Rabi'ul awal ini, bulan yang menjadi kebiasaan dan amalan tradisi kepada kita, bilamana masuk sahaja bulan ini kita akan sambut peristiwa Maulidul Rasul s.a.w., satu peristiwa yang cukup besar yang telah mengubah sejarah kemanusiaan di dunia ini. Ketika mana dunia sedang resah gelisah dengan penyakit dan virus jahiliah, Allah s.w.t telah mentakdirkan untuk mengutuskan, kelahiran seorang anak yang menerajui dan telah merubah landscape sejarah hingga waktu ini.

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. yang kita sambut saban tahun dan kita tidak pernah lupa dengan pelbagai acara serta sambutan. Seorang penyair arab telah menyebut "Telah dilahirkan seorang 'al-huda' yakni penunjuk jalan, maka seluruh alam bercahaya dengan kelahiran Muhammad s.a.w. dan setiap manusia yang hidup pada zaman itu dan zaman ini mengukirkan senyuman dan memuji terhadap kelahiran baginda Nabi Muhammada s.a.w." Maka pada hari ini tidak kiralah pada berapa haribulan pun, ada sebahagian riwayat yang kuat menyatakan 12 Rabi'ul awal Nabi lahir, ada juga riwayat yang menyatakan bukan tarikh 12 Rabi'ul awal tetapi tarikh yang lain, namun dalam bulan Rabi'ul awal seluruh umat Islam tidak kira rupa paras, warna kulit, pangkat dan bangsa keturunan, kita semua bersepakat meraikan peristiwa yang dinamakan Maulidul Rasul. Ada yang membuat dengan sambutan perarakan, ada yang mnyambutnya dengan ceramah agama, berbagai-bagai acara dan berbagai-bagai peringkat.

Persoalannya yang ingin dilontarkan dalam tulisan yang pendek ini, bagaimanakah, apakah cukup dengan untuk kita menyatakan rasa cinta, rasa sayang kita kepada Baginda Nabi s.a.w. dengan sekadar menyambut peristiwa sahaja. Apakah cukup untuk kita hanya mengaku dengan menyatakan kita umat nabi yang menyayangi dan menyintai Nabi s.a.w. dengan hanya membuat acara-acara sambutan Maulidul Rasul semata.

Kalaulah kita gembira dengan kelahiran Nabi s.a.w. dan menyambutnya dengan acara-acara sebegitu sahaja, maka sesungguhnya Abu Lahab bapa saudara Nabi s.a.w. lebih baik daripada kita. Kerana sewaktu kelahiran Nabi s.a.w., orang datang berjumpa dengan Abdul 'Uzza, yakni nama sebenar Abu Lahab. Orang cerita kepada Abu Lahab "Ya Abdul 'Uzza, sesungguhnya adik ipar kamu yang namanya Aminah telah selamat melahirkan seorang anak, anak itu lelaki, ayah kamu yang namanya Abdul Mutalib telah memberi nama anak itu dengan nama Muhammad." Apa jawab Abu Lahab? ia menyatakan syukur kepada Rabbihaka'bah, tuhan yang menjaga Ka'bah, dan dia telah mengorbankan 100 ekor unta sebagai tanda seronok dan gembira dengan kelahiran Muhammd s.a.w.

Kalau kita juga sambut cuma dengan seronok dengan sambutan Maulidul Rasul setakat itu sahaja, maka Abu Lahab sebenarnya lebih baik dari kita kerana dia juga seronok malah menumbangkan 100 ekor unta (100 ekor unta!!!, kalau kita 100 ekor ayam pun belum tentu). Abu Lahab dengan 100 ekor unta, tetapi orang yang samalah, Muhammad yang ia seronok ketika dilahirkan itulah setelah dilantik Allah s.w.t. menjadi Nabi dan menyeru kepada Islam maka Abu Lahablah orang pertama yang menolak kenabian serta ajaran Nabi Muhammad s.a.w.

Bayangkanlah, 40 tahun sebelum itu dialah orang yang paling gembira dan seronok, dialah yang mengeluarkan segala-galanya untuk sambut kelahiran Nabi s.a.w. bahkan dialah orangnya yang memerdekakan beberapa orang hamba, diantaranya Thuwaiba yang pernah menjadi ibu susu Nabi, ia merdekakan kerana begitu seronok dengan kelahiran Nabi s.a.w.

Satelah 40 tahun kelahiran Mumammad dan dilantik menjadi Nabi, perkara pertama dilakukan Nabi s.a.w. ialah mengumpulkan saudara-maranya, bapa saudara dan sebagainya dan menyeru, "Wahai bapa-bapa saudaraku!, sepupu-sepupuku!, adik-beradikku! Aku hendak ceritakan kepada kalian satu perkara, kalau aku katakan di belakang bukit ini ada segerombolan tentera hendak menyerang kita apakah kalian percaya?" jawapan penduduk Mekah yang kebanyakan adik-beradik Nabi s.a.w. pada waktu itu berkata "Muhammad, bahkan kami percaya apa yang kamu katakan kerana kamu tidak pernah berbohong kepada kami." maka jawab Nabi s.a.w. "Maka pada hari ini aku ingin istiharkan aku adalah utusan Allah", lalu bangun Abu Lahab seraya berkata "Tabballaka ya Muhammad" yang bermaksud "Celakalah Muhammad, apakah kerana ini kamu kumpulkan kami?". Maka turunlah ayat Al-Qur'an surah Al-Masad, "Tabbat yada abi lahabiu'n watab" ertinya "Celakalah Abu Lahab..." hingga akhir ayat, maka celakalah Abu Lahab bukan Muhammad s.a.w. yang celaka.

Jadi, apabila kita menyebut sambutan Maulidul Rasul, maka di situ mesti ada pengisian, pengisiannya adalah dengan mencari kesempatan yang diberi Allah s.w.t. untuk mengenang, mencari siapakah sebenarnya Nabi s.a.w., siapakan Nabi yang kita ikut. Apakah kita sekadar mengenali beliau benama Muhammad bin Abdullah? tetapi tidak tahu sejarah hidup serta perjalanan sirah Baginda s.a.w. Ambillah kesempatan disamping ceramah-ceramah, program-program, aturcara-aturcara yang kita buat disamping itu kita kembali menghayati, mengingati, kehidupan Nabi s.a.w. daripada mula Nabi s.a.w. dilahirkan hingga wafat kembali ke rahmatullah kerana Nabi s.a.w. adalah "Huswatun Hasanah" yakni "Contoh Tauladan Terbaik" kepada umat manusia.

Bilamana kita manusia mengetahui peribadi Nabi s.a.w., bagaimanakah kehidupan Nabi s.a.w., maka ketika itulah akan timbul rasa cinta kita kepada Baginda s.a.w. dengan melaksanakan segala titah suruhan, yang diperintah Nabi s.a.w. dan sedaya-upaya meninggalkan segala ancaman-ancaman, tegahan-tegahan yang telah disebut Nabi s.a.w. lebih seribu empat ratus tahun dahulu.

Allah s.w.t. menyatakan sekiranya kamu cinta kepada Allah, sekiranya kamu cinta kepada Nabi maka ikutlah arahan Allah, ikut arahan Rasul "Wa'ati'ullah waatiurasul wa'ulil aamri minkum" kata Allah hendaklah kamu mentaati Allah dan hendaklah kamu mentaati Rasul dan juga pemimpin-pemimpin kamu. Ulama menafsirkan bahawa ketika mana Allah s.w.t. menyebutkan taat kepada Allah, Allah menyebut "A'ti'u", ketika mana Allah s.w.t. menyebutkan taat kepada Rasul, Allah menyebut "A'ti'u rasul", dan ketika mana Allah menyebut taat kepada pemimpin Allah cuma menyambung "wa'ulil aamri minkum" tanpa menyebut "A'ti'u". Maka di sana ulama membuat kesimpulan taat pada Allah, taat padaRasul adalah mutlaq tanpa soal. Apabila Allah Ta'ala kata halal maka halallah, bilamana Nabi kata wajib maka wajiblah, apabila Nabi kata perkara ini tak boleh buat maka tak boleh buat kerana patuh kepada Allah dan Rasul adalah secara mutlaq, tunduk dan patuh. Adapun taat kepada "ulil aamri" kepimpinan maka di sana ada kaitan yakni pemimpin yang taat kepada Allah dan taat kepada Rasul yaitu berdasarkan kebenaran.

Sempena Maulidur Rasul ini, marilah kita sama-sama bertekat dan menanam azam untuk kembali mengenal Nabi s.a.w. dengan sirah, kita ajar anak-anak kita, generasi kita untuk faham siapakah Nabi kita. Dengan menanamkan kefahaman kepada generasi ini daripada kecil, InsyaAllah generasi mendatang akan menjadi generasi yang lebih berpedoman dan beridolakan Rasulullah s.a.w., oleh kerana generasi dan umat yang ada pada waktu ini sudah hilang idolanya, mentornya, ikutannya, maka marilah bersama-sama kita kembali menjadikan Nabi s.a.w. sebagai ikutan dalam kehidupan, kita tanamkan rasa cinta kepada Nabi s.a.w. dengan mengikut segala sunah yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. samada perintah arahan ataupun tegahan yang diwarisi dalam hadis-hadis yang banyak disebut serta ditinggalkan Rasulullah s.a.w.

Kesimpulannya, marilah kita kembali menghayati segala sunah Rasulullah s.a.w. dan kehidupan beragama kerana pepatah Arab ada menyatakan yang bermaksud "Orang Islam, bilamana ia meninggalkan agama, bilamana ia meninggalkan contoh tauladan kehidupan berpandukan kepada Nabi s.a.w., umat Islam pada ketika itu akan jadi mundur, terkebelakang walaupun manusia menyatakan semakin maju, tetapi yang meninggalkan agama sebenarnya akan menjadi mundur. Adapun orang yang bukan Islam, bilamana mereka meninggalkan ajaran agama mereka, mereka akan menjadi maju dan kehadapan"

Marilah kita kembali menghayati serta menjalankan tugas yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan moga-moga dengan kita menghidupkan sunah dan mengamalkannya serta memperbanyakkan selawat keatas baginda, apalah kiranya Nabi s.a.w. sudi memberikan kita Syaffa'atnya semasa kita di Yaumil Masyar yang kita cukup yakini kehadirannya di akhirat nanti, InsyaAllah.
credits: utz. m.rodhi ab/m.al-ittihadiah

Friday, March 6, 2009

Zubir Ali dalam kenangan................





















Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham Zubir Ali ,Seorang Pencipta lagu-lagu puisi terkenal….yang telah meninggal dunia di hospital Damansara jam 11 tgh tadi..Beliau banyak menghasilkan lagu-lagu puisi dalam bentuk kesedaran dan menginsafkan….AL Fatihah. ……..








Antara Hasil karya Allahyarham Zubir yang selalu kita dengar.......




Lagu ini akan dikenang sebagai lagu rasmi kebencian rakyat Malaysia terhadap kekejian Israel….Lagumu untuk Palestin agak dikenang dan dinyanyikan selagi Palestin Tidak Aman dan Damai dibumi sendiri... Balada gadis kecil ni bersempena dengan Tragedi berdarah di Kem Sabra Shatila, palestin, di mana pembunuhan etnik dilakukan oleh tentera Israel pada tahun 1981. Ketika tu, Ariel Sharon mengarahkan tentera Israel membunuh lelaki palestin, merogol tawanan wanita dan anak gadis palestin...peristiwa ini akan di kenang dan diingati sepanjang zaman terhadap kekejaman Israel terhadap umat islam palestin…….


KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - "Satu kehilangan besar buat negara dalam dunia kesenian Islam." Demikian luahan tokoh seni dan budaya, Dinsman, yang merupakan sahabat baik Allahyarham Zubir Ali apabila menjelaskan betapa kepulangan alllahyarham Zubir merupakan satu kehilangan besar bagi kesenian Islam di negara ini.

"Saya mengenali Zubir sewaktu sama-sama belajar di Maahad Mahmud, Alor Setar. Kemudian kami sama-sama meneruskan pengajian ke Kolej Islam, Klang. Seterusnya kami menyambung pengajian di Universiti Malaya.

"Kami sama-sama memperjuangkan kesenian Islam. Saya di bidang teater dan Allahyarham di bidang Muzik. Di Universiti Malaya, kami sama-sama dalam KESUMA. Saya mempersembahkan teater, Allahyarham mencipta lagu-lagu untuk teater tersebut,"katanya sewaktu dihubungi .

Allahyarham merupakan bekas vokalis kumpulan Harmoni yang popular dengan lagu 'Penantian'. Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Kebudayaan, Pembangunan, Perkhidmatan dan Kegiatan, Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya.

"Beliau tidak pernah lokek dalam memberi ilmu. Seorang insan yang cukup mudah didekati,malah kalau pelajar datang untuk mendapatkan nasihat serta pandangan mengenai aktiviti seni beliau sentiasa berada bersama mereka tanpa mengira masa,"jelas Penyunting,Mohd Khalil yang pernah berguru dengannya semasa menuntut di Universiti Malaya sekitar tahun 1996-2000.

Tambahnya, Zubir tidak hanya membantu pelajar dari sudut aktiviti seni muzik malah pernah turut melibatkan diri dalam kegiatan seni lain seperti Teater dan acara Deklamasi Puisi.

"Paling tidak dapat dilupakan,allahyarham banyak memberikan tips-tips yang berguna untuk menjadi seorang pendeklamator yang baik,"katanya yang pernah mewakili Universiti Malaya ke peringkat IPT dalam Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan.

Paling terasa bagi pelajar,kata Khalil, Zubir tidak akan menghampakan sebarang undangan di peringkat universiti jika ia melibatkan aktiviti pelajar.

"Beliau tidak pernah meminta sebarang bayaran...walaupun dirinya dikenali sebagai penyanyi dan komposer terkenal negara...kalau diundang,khalayak tidak akan sunyi dengan petikan gitarnya dengan deretan lagu-lagu puisi,"tambahnya sambil menyifatkan allahyarham antara insan yang sukar dicari ganti sebagai pensyarah dalam bidang yang pelbagai.

Antara lagu, lirik dan nyanyian Zubir Ali yang meninggalkan kesan yang cukup mendalam bagi sesiapa yang mendengarnya iaitu Balada Gadis Kecil mengenai penderitaan seorang gadis kecil bernama Munir diceritakan dalam elemen lagu puisi yang cukup menyentuh perasaan. Lagu tersebut juga pernah memenangi Lagu Terbaik Pesta Lagu Malaysia 1983.

Dalam satu temubual bersama Harakahdaily mengenai pelancaran album ketiganya 'Zubir Ali 06' tiga tahun lalu, beliau menyatakan tidak semua penyanyi dapat menyanyikan lagu-lagu puisi kerana jiwa puisi agak berbeza. Lantaran itu beliau lebih selesa menyanyikan sendiri lagu-lagu ciptaannya.

"Lagu-lagu saya ditulis dengan hati dan sesiapa yang 'mempunyai hati' akan tertarik dengan lagu-lagu saya. Dan lagu saya ditujukan untuk mereka boleh mendengar sesuatu yang murni. Lagu saya bukan sekadar untuk berhibur tetapi juga mengajak manusia berfikir mengenai kehidupan," jelasnya dalam satu pertemuan......

Zubir yang merupakan komposer, penyanyi lagu-lagu puisi dan pendidik kepada pelbagai insan seni meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara pada jam 11 pagi tadi selepas menjalani pembedahan jantung.

Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan insan-insan yang soleh. Al-Fatihah.

Thursday, March 5, 2009

Tazkirah Jumaat:Segala Amalan Bergantung kepada Niat


Hadis Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. Sesungguhnya setiap orang itu akan mendapat sesuatu mengikut niatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka Hijrahnya itu kerana Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dia akan mendapatkannya atau kerana seorang perempuan yang ingin dikahwininya maka Hijrahnya itu mengikut apa yang diniatkannya.

ulama mengariskan mengenai apa yang dinamakan amal soleh. Paling kurang ianya mesti mencakupi dua perkara :

1. Setiap amalan itu tidak bercanggah dengan al Quran dan Sunnah (Islam).

2. Mestilah dengan niat semata-mata kerana Allah SWT.

Setiap amalan yang bercanggah dengan Al Quran dan Sunnah walaupun niatnya betul maka amalannya tertolak. Begitu juga amalan yang tidak bercanggah dengan Islam tetapi niatnya tidak betul juga adalah sia-sia disisi Allah SWT. Paling malang amalan yang bercanggah dengan Islam dan niatnya juga bukan kerana Allah.

Lihatlah Gambar Ini............(Sungguh menyayat Hati...)


TELUK BAHANG - Kehadiran sekumpulan burung gagak yang mengerumuni sesuatu di tepi jalan Batu Feringghi berdekatan kawasan Pulau Asmara di sini bukanlah asing bagi tukang sapu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), T. Verappa, 36.

Namun, semalam dia berasa tidak sedap hati lalu berpatah balik untuk melihat apa yang sebenarnya dikerumuni oleh kumpulan gagak tersebut.

Mengejutkan, kumpulan gagak itu sedang mematuk mayat seorang bayi yang masih bertali pusat dalam keadaan tertiarap di sebatang longkang di situ.

"Walaupun saya sudah terlajak kira-kira 100 meter dari tempat itu, tapi saya berasa lain macam pula sebab jumlah burung itu terlalu banyak.

"Saya hampir pengsan apabila mendapati benda yang dikerumuni itu merupakan mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat," katanya ketika di temui semalam.

Menurut Verappa, ketika kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, dia baru selesai menyapu sampah di kawasan berhampiran.

Komen 1

dasar binatang....babiiii.....celaka.....manusia tk bertamadun....haram jadah....bahlol.....bodo nk mampos......baghral....bladiful.....kepada yg melakukannya......

Komen 2

Astaghfirullahalazim....kenapa sampai jadi begitu? Tak tersentuh ke hati wahai lelaki dan perempuan yang melahirkan bayi ini hinggga sanggup membiarkannya begitu? Tak terfikirkah anak ini yang akan menanti engkau di akhirat kelak? Tak terngiang-ngiangkah di telinga mu akan tangisan bayi ini? Wahai lelaki dan perempuan, andainya engkau telah terlanjur, cukup-cukuplah. Janganlah ditambah dosa yang telah sedia ada. Berzina satu dosa dan engkau tambah lagi satu dosa. Sampai bila hidupmu akan aman? Bertaubatlah...Kita hidup di dunia bukan untuk selama-lamanya. Satu hari kita akan kembali kpdNya. Sad

Anak...maafkan ibumu. Ibumu pasti mempunyai sebab mengapa dia berbuat begitu walaupun sebenar-benarnya dia adalah orang yang patut bertanggungjawab ke atasmu. Ayahmu? Tidak perlulah dipersoalkan. Maafkan ibu mu ya...Engkau akan mendapat pahala atas kemaafan yang engkau berikan.

Komen 3

Nie la..akibat terlalu nak enjoy jer tak fikir akibat di kemudian hari...jika dah terlanjur tu ....jangan la...nak tambah dosa dengan membunuh bayi tu...masih ramai lagi yang sanggup nak menerima bayi tu kalau anda x sanggup nak memelihara budak..tu ..tak terfikirkah ..masih ramai lagi di luar sana yang dah berkahwin bertahun-tahun masih tidak di kurniakan anak ......kalau nak buang budak tu pn...jangan la...diletak di tepi jalan jer....letak la...kat tempat yang sepatutnya...atau serah jer kat jabatan kebajikan masyarakat...nampaknya semakin maju dunia kita nie...semakin terhakis nilai moral masyarakat kita......apalaaaa nak jadi dengan generasi kita masa akan datang nie??????????????????

Wednesday, March 4, 2009

Budu ooooohhhhh budu...



lirik Lagu nie

The fact that you all haven't know about the kelantan main delicious favorite food among the kelantanes was revealed from the article below that was sent someone in my email book two day before.... when i received this email ,I don't believe it as well as I know and listen my own readership from any sources long time ago before that Budu was not good for our own health and body..and will effected to our brain system......kalau nak tahu lebih lanjut baca la...kat bawah nie...artical dibawah menyangkal segala tanggapan saya selama ini...bahawa budu x baik untuk kesihatan kita..tp x taw la....kenapa aku suka makan budu....baca bleh la....tapi korang nak percaya atau tak terpulang la...aku x paksa pn......mu baco la...deh....ceriiiiiioooooooo....

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea cirit (diarrhoea)] , penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin) . Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan
terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina , Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.