Terjemahan Al Quran

Listen to Quran

Wednesday, January 7, 2009

KEJAM ! KEJAM! KEJAM!




Askar yang paling kejam dan tidak berhati perut didunia ini ialah askar israel .mereka telah melakukan keganasan terhadap rakyat palestine,mereka berani membunuh penduduk awam yang tidak berdosa dengan mengunakan senjata berat dan jet-jet pejuang diwilayah Gaza yang telah mengorbankan beratus-ratus penduduk dengan alasan yang tidak munasabah sekali.tidak cukupkah lagi kesensaraan yang dialami oleh penduduk palestine yang selama ini telah megalami pelbagai sekatan dari zionis israel yang tidak berhati perut itu.Hak mereka dinafikan ,tanah mereka dirampas,negara mereka diceroboh dengan sewenang-wenangnya tanpa perikemanusiaan.

Jumlah korban penduduk Palestin kini meningkat kepada 635 orang selepas tentera Israel memperhebatkan serangan di Genting Gaza.

Seramai 40 penduduk Palestin maut selepas helikopter Israel mengebom dua buah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan salah satunya padat dengan penduduk yang berlindung.
Operasi ketenteraan bagi menghentikan serangan roket Hamas itu masuk hari ke-11 semalam.

Sejumlah kereta kebal dan helikopter penggempur tentera Israel terus mengebom beberapa bandar di Genting Gaza.

Askar-askar Israel pula bertempur dengan pejuang-pejuang Hamas di lorong-lorong Bandar Gaza dan pertempuran itu dianggap paling sengit sejak operasi rejim Zionis bermula.

Sekurang-kurangnya lima roket dilancarkan dari Gaza ke wilayah Israel semalam termasuk sebuah yang mengenai bandar Gadera 28 kilometer dari Tel Aviv.

Buat semua umat Islam di negara ini, inilah masanya kita semua bertindak dengan memboikot barangan Israel. Memang langkah ini dianggap bodoh oleh sesetengah pihak, tetapi jika kita semua bersatu dan benar-benar prihatin untuk melemahkan rejim Zionis, tidak mustahil misi memboikot produk Israel ini akan berjaya.insyaallah.............

1 comment:

Nukilan ida said...

Ya mmg betul! Boikot barangan israel! listnya ada di blog saya