Terjemahan Al Quran

Listen to Quran

Saturday, April 4, 2009

Celaka Punya Orang...............



Video ini merakamkan tentang satu lagi siri penghinaan terhadap umat islam.....yang begitu biadap sekali mengunakan ayat suci Al-Quran ....
Rakaman video menerusi laman web YouTube ini memaparkan seorang lelaki sedang sujud menyembah sekeping kertas tertera ayat al-Quran dan terdapat suara latar laungan azan oleh lelaki terbabit. Selepas itu, lelaki tersebut menyebut orang Melayu boleh makan daging babi untuk menghapuskan dosa.Pada akhir video tersebut, lelaki tersebut bergelak ketawa selepas selesai merakamkan adegan penghinaan ini. Dari segi undang-undang syariah ianya bersalahan mengikut Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Berikut adalah kata-kata lelaki terbabit "marilah kita bersama-sama makan babi yang sedap, bahawa mereka akan sudah membuang dosa jika makan. Mulai hari ini semua Melayu boleh makan babi yang sedap.''. Ternyata video ini adalah satu bentuk provokasi terhadap orang Melayu. Kesabaran orang Melayu ada batasnya, jangan mencabar orang Melayu dengan pembikinan video yang biadab sebegini. Video ini sengaja dibuat untuk merosakkan perpaduan kaum di Malaysia. Majoriti bukan Islam ramai lagi yang tahu tata sulila dan mengamalkan budaya hormat menghormati.

Video selama 1.22 minit ini amat biadab dan tidak menghormati Islam sebagai Agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Malaysia. Ianya cukup menguris perasaan umat Islam di Malaysia. Tindakan yang tegas dan bersepadu harus diambil terhadap orang yang merakamkan video ini. Jika tidak, akan ada lagi selepas ini mereka yang bersikap kurang ajar dan sesuka hati mempermainkan kesucian agama Islam dan ayat-ayat suci Al-Quran.

Apakah perasaan anda apabila menonton Klip video ini?

2 comments:

heretic preacher said...

apa nama vid ni dalam youtube?

FathiMZ said...

Tajuk:cina hina agama islam

link:http://www.youtube.com/watch?v=vlEwMobeQQM