Terjemahan Al Quran

Listen to Quran

Thursday, September 17, 2009

Kasihnya Negara terhadap rakyatnya.....


Sambil menunggu berlabuhnya ramadan 1430 dan menyambut ketibaan syawal. kita dikejutkan dengan satu berita petang semalam mengenai kematian nordin Mat Top, penjenayah yang dikehendaki di Indonesia setelah beberapa siri kematian nordin yang kita dengar sebelum ini.adakah benar-benar kali ini Nordin menemui ajal...?Nordin dikatakan telah meletupkan dirinya sampai hancur berkecai.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Indonesia, Bambang Hendarso Danuri. Katanya Nordin mati bersama empat orang yang lain. Nordin bersama empat orang itu digempur oleh polis yang sedang bersembunyi di sebuah rumah di Solo, Jawa Tengah.Pengesahan Nordin hancur sampai kepala terputus itu berdasarkan kepada cap jari yang menyamai cap jari Nordin dan 14 tanda-tanda lain yang ada dibadan Nordin. Kenapa banyak sekali tanda-tanda itu? Nordin dikatakan bertindak meletupkan diri apabila ia dikepung oleh polis.

sudah tentu sekali rakyat indonesia meraikan dengan gembira diatas kematian Nordin dan mereka patut bergembira .Memang Nordin diburu dan dibenci di Indonesia kerana dikatakan terlibat dengan beberapa siri letupan bom dan pembunuhan kejam di negara berkenaan. Angkara Nordin juga menyebabkan timbul rasa tidak senang segelintir rakyat Indoensia ke atas negara ini. Ada yang menuduh Malaysia melindungi Nordin alasanya bodoh saja sebab Nordin rakyat negara ini.
kalaupun Nordin benar-benar mati atau sebaliknya itu adalah takdir. Kalau Nordin mati dengan cara itu ia adalah pilihannya sendiri dan takdir Allah yang tidak dapat terelak. Kata orang berani buat berani tanggungung.kata orang bila dah jauh dah pergi nak berpatah balik susah....mungkin dia telah berfikir semasak masaknya aper yang dia lakukan.
Tetapi aper yang meyentuh emosi kita dalam hal ini ialah apabila membaca kenyataan Menteri Dalam Negeri, Hishmuddin Hussein yang memberi tahu kerajaan akan membantu keluarga Nordin untuk membawa balik jenazah Nordin. Katanya kerajaan akan bertanya keluarganya siapa yang harus menerima jenayah itu sebaik mendapat pengesahan rasmi dari Indonesia.

Mendengar kenyataan Hismuddin itu apa yang dapat dirasakan betapa kerajaan bertanggungjawab ke atas rakyatnya di mana saja dan sesiapa saja. Biarlah rakyat itu siapa, penjenayah atau ulama atau negarawan namun kerajaan sedia membawa baliknya. Jahat soal lain tetapi hak negara ke atas warganegaranya tetap dijaga. Itulah kesetiaan negara kepada rakyatnya.

Hisamuddin juga melahirkan kesal kerana gagal untuk membawa Nordin balik bagi melalui proses memulihkan dirinya. Kekesalan itu menunjukkan Hishamuddin tidak mahu kalau Nordin mengakhirnya riwayatnya dalam keadaan dianggap jahat begitu. Seboleh-bolehnya kerajaan mahu membaiki dan memulihkan warganya.

Betapalah kenyataan Hismuddin itu menunjukkan kasihnya sesebuah negara terhadap rakyatnya. Mungkin seluruh penduduk Indonesia membenci Nordin atas kejahatan yang didakwa ke atasnya. Namun begitu ia tidak untuk Malaysia, negara tempat tumpahnya darah Nordin. Sebagai rakyat negara ini Malaysia, nuasanya tetap menerima jasadnya untuk dikebumikan di sini.

Alangkah sekiranya hati budi negara itu dapat dihayati oleh kita semua selaku rakyat negara ini betapa indahnya. Betapa kalau kita mengenangkan jasa baik negara terhadap kita tanpa mengira nilai pengorbanan kita terhadap tanahair ini, luhurlah hidup kita selamanya. Kalaulah kasih sayang negara ke atas kita, kita hayati dan dibalas setimpa dengannya sudah pasti negara kita aman dan kita akan hidup harmoni.

No comments: