Terjemahan Al Quran

Listen to Quran

Friday, March 6, 2009

Zubir Ali dalam kenangan................





















Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham Zubir Ali ,Seorang Pencipta lagu-lagu puisi terkenal….yang telah meninggal dunia di hospital Damansara jam 11 tgh tadi..Beliau banyak menghasilkan lagu-lagu puisi dalam bentuk kesedaran dan menginsafkan….AL Fatihah. ……..








Antara Hasil karya Allahyarham Zubir yang selalu kita dengar.......




Lagu ini akan dikenang sebagai lagu rasmi kebencian rakyat Malaysia terhadap kekejian Israel….Lagumu untuk Palestin agak dikenang dan dinyanyikan selagi Palestin Tidak Aman dan Damai dibumi sendiri... Balada gadis kecil ni bersempena dengan Tragedi berdarah di Kem Sabra Shatila, palestin, di mana pembunuhan etnik dilakukan oleh tentera Israel pada tahun 1981. Ketika tu, Ariel Sharon mengarahkan tentera Israel membunuh lelaki palestin, merogol tawanan wanita dan anak gadis palestin...peristiwa ini akan di kenang dan diingati sepanjang zaman terhadap kekejaman Israel terhadap umat islam palestin…….


KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - "Satu kehilangan besar buat negara dalam dunia kesenian Islam." Demikian luahan tokoh seni dan budaya, Dinsman, yang merupakan sahabat baik Allahyarham Zubir Ali apabila menjelaskan betapa kepulangan alllahyarham Zubir merupakan satu kehilangan besar bagi kesenian Islam di negara ini.

"Saya mengenali Zubir sewaktu sama-sama belajar di Maahad Mahmud, Alor Setar. Kemudian kami sama-sama meneruskan pengajian ke Kolej Islam, Klang. Seterusnya kami menyambung pengajian di Universiti Malaya.

"Kami sama-sama memperjuangkan kesenian Islam. Saya di bidang teater dan Allahyarham di bidang Muzik. Di Universiti Malaya, kami sama-sama dalam KESUMA. Saya mempersembahkan teater, Allahyarham mencipta lagu-lagu untuk teater tersebut,"katanya sewaktu dihubungi .

Allahyarham merupakan bekas vokalis kumpulan Harmoni yang popular dengan lagu 'Penantian'. Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Kebudayaan, Pembangunan, Perkhidmatan dan Kegiatan, Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya.

"Beliau tidak pernah lokek dalam memberi ilmu. Seorang insan yang cukup mudah didekati,malah kalau pelajar datang untuk mendapatkan nasihat serta pandangan mengenai aktiviti seni beliau sentiasa berada bersama mereka tanpa mengira masa,"jelas Penyunting,Mohd Khalil yang pernah berguru dengannya semasa menuntut di Universiti Malaya sekitar tahun 1996-2000.

Tambahnya, Zubir tidak hanya membantu pelajar dari sudut aktiviti seni muzik malah pernah turut melibatkan diri dalam kegiatan seni lain seperti Teater dan acara Deklamasi Puisi.

"Paling tidak dapat dilupakan,allahyarham banyak memberikan tips-tips yang berguna untuk menjadi seorang pendeklamator yang baik,"katanya yang pernah mewakili Universiti Malaya ke peringkat IPT dalam Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan.

Paling terasa bagi pelajar,kata Khalil, Zubir tidak akan menghampakan sebarang undangan di peringkat universiti jika ia melibatkan aktiviti pelajar.

"Beliau tidak pernah meminta sebarang bayaran...walaupun dirinya dikenali sebagai penyanyi dan komposer terkenal negara...kalau diundang,khalayak tidak akan sunyi dengan petikan gitarnya dengan deretan lagu-lagu puisi,"tambahnya sambil menyifatkan allahyarham antara insan yang sukar dicari ganti sebagai pensyarah dalam bidang yang pelbagai.

Antara lagu, lirik dan nyanyian Zubir Ali yang meninggalkan kesan yang cukup mendalam bagi sesiapa yang mendengarnya iaitu Balada Gadis Kecil mengenai penderitaan seorang gadis kecil bernama Munir diceritakan dalam elemen lagu puisi yang cukup menyentuh perasaan. Lagu tersebut juga pernah memenangi Lagu Terbaik Pesta Lagu Malaysia 1983.

Dalam satu temubual bersama Harakahdaily mengenai pelancaran album ketiganya 'Zubir Ali 06' tiga tahun lalu, beliau menyatakan tidak semua penyanyi dapat menyanyikan lagu-lagu puisi kerana jiwa puisi agak berbeza. Lantaran itu beliau lebih selesa menyanyikan sendiri lagu-lagu ciptaannya.

"Lagu-lagu saya ditulis dengan hati dan sesiapa yang 'mempunyai hati' akan tertarik dengan lagu-lagu saya. Dan lagu saya ditujukan untuk mereka boleh mendengar sesuatu yang murni. Lagu saya bukan sekadar untuk berhibur tetapi juga mengajak manusia berfikir mengenai kehidupan," jelasnya dalam satu pertemuan......

Zubir yang merupakan komposer, penyanyi lagu-lagu puisi dan pendidik kepada pelbagai insan seni meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara pada jam 11 pagi tadi selepas menjalani pembedahan jantung.

Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan insan-insan yang soleh. Al-Fatihah.

No comments: